Kebimbangan tahap kesihatan Mi_segera

Sebungkus ramen segera

Ramen dan produk serupa sering dianggap sebagai makanan rapu. Sepinggan mi segera mempunyai kandungan karbohidrat yang tinggi tetapi rendah kandungan serat, vitamin dan mineral. Mi segera selalunya digoreng sebagai salah satu proses pengeluaran, mengakibatkan kandungan lemak tepu yang tinggi dan/atau lemak trans. Tambahan pula, jika dihidangkan dengan kuah segera, ia selalunya mengandungi monosodium glutamat (MSG) selain kandungan natrium yang tinggi, selalunya melebihi 60% daripada U.S. RDA (1,200-1,440 mg). Sesetengah jenama mengandungi lebih 3,000 mg natrium dalam kes yang lebih teruk.

Sementara banyak makanan berproses masih lagi berkhasiat, kebimbangan mengenai ramen adalah berikutan dengan penggunaannya sebagai makanan asasi bagi ramai rakyat Amerika. Pelajar universiti misalnya banyak memakan mi segera kerana mudah didapati, harganya yang sangat murah (sekitar RM0.70 sebungkus bagi mi segera jenama Maggi), mudah dan cepat disediakan, serta mudah dibawa ke mana-mana, menjadikannya menarik minat generasi muda yang kurang berduit dan/atau kesuntukan masa. Terdapat kisah dongeng yang mengatakan pelajar yang makan ramen sepanjang tahun akan menghidap skurvi.[3]

Kontroversi paling terkini ialah mengenai kebimbangan terdapat kandungan dioksin dan bahan yang menyerupai hormon yang boleh didapati daripada pembungku serta gam yang digunakan untuk membungkus mi segera. Sebaik sahaja air panas ditambah, bahan berbahaya tersebut boleh menyusup masuk di dalam sup. selepas beberapa sisi kajian, pelbagai organisasi meminta agar kaedah pembungkusan diubah.[4]

Satu lagi kebimbangan mengenai kesan buruk pengambilan mi segera terhadap kesihatan ialah produk mungkin boleh dikilangkan dengan lemak dan minyak teroksida jika proses tidak dilakukan dengan sempurna. Lemak dan minyak teroksida adalah bahan yang berbahaya kepada kesihatan boleh menggalakkan penghasilan neurotoksin serta menyebabkan sel-sel saraf kurang aktif.[5][6][7]